Saturday, November 24, 2012

Mujahadah dan Istiqamah

Assalamualaikum wbt.


Lepas I solat subuh, niat di hati nak bangun pagi tolong puan emak, basuh baju. Lepas tu, berhajat nak pergi join kemeriahan sambutan As-syura dekat Teman RTC berdekatan dengan wakaf che yeh. Mana la tahu boleh bawak balik Syura free. Eh? Tapi malangnya angan dan niat tersebut hancur berkecai bila I digoda oleh Syaitan dan nafsu tido. T____T. Sedar tak sedar I tengok jam pukul 10 pagi. T____T. #Hoi, kejadah anak dara bangun pukul 10 pagi!#. Sila jangan tiru macam cikLini ye. sobs sobs.

Ok stop mengada-ngada

Sebenarnya I nak highlight satu perkara disini. Iaitu  adalah sikap mujahadah. Ha, mujahadah ni maksudnya  berperang melawan musuh. Dan musuh yang paling nyata adalah nafsu. Contohnya nafsu dan main facebook 24jam, nak tweets sana sini, nak berkepit dengan kekasih hati, nak shopping dan segala bagai la. 

Dan I sendiri dalam proses untuk ber'mujahadah'. Kadang-kadang rasa macam diri sangat alpha dengan tuntutan duniawi sampaikan saham akhirat diabaikan. Contohnya bila bab solat. Ya Allah, tak boleh ke nak cepat-cepat solat bila dah dengar azan hah. T___T. Move on Lini, move on pleassseeee ! 

Hai nafsu yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Q.S. Al-Fajr : 27-30)


Alhamdulillah, I diberi peluang untuk ke istana Kelantan semasa pameran  Alat kebesaran Islam. ^____^




Mudah-mudahan I dan semua pembaca (ada ke pembaca, hahaha) mendapat manfaat dan sesuatu dari entri ini. Amin amin amin Ya Rabbul Izzati. 


Till then, we meet again! 

No comments: