Tuesday, January 1, 2013

Mulakan tahun 2013 dengan senyuman seindah suria

Assalamualaikum wbt..


Haa kau tajuk kemain lagi panjang berjela. Macam mana cerita detik 2013 anda? Alhamdulillah aku tak terjebak dengan parti i like to move it, move it. Kejadah kau pergi tempat macam tu. Eiyuuu. Selalu bila masuk tahun baru mesti orang akan tanya, kau dah berazam? 

Baiklah azam aku tahun ni tak banyak beza dengan tahun lepas. Yang pasti merangkap baris pertama adalah menjadi anak solehah yang sentiasa menyenangkan hati kedua-dua ibubapaku. Aminnn. Alhamdulillah tahun ni aku tak mengada-ngada sangat cuma kereta aku je banyak buat hal. Nak kena tukar ni, cepatlah posting. Hihi. Yang kedua azam aku nak menjaga hubungan baik antara Allah swt dan juga hubungan dengan manusia. ^____^

Dan azam yang paling unik adalah aku nak bertunang. Amboi kemain lagi merenyam nohh. InshaAllah, semoga apa yang di impikan jadi kenyataan, dan haruslah disertakan dengan niat dan usaha. Jangan pulak alang-alang taik kucing je. Kan kan kannn. 



Wednesday, November 28, 2012

Him

Assalamualaikum wbt.


Him ^____^


JANUARI
  1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  4. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  6. Pandai mengambil hati orang lain.
  7. Pendiam kecuali telah dirangsang.
  8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
  13. Suka duduk di rumah.
  14. Setia pada segala-galanya.
  15. Perlu belajar kemahiran bersosial.
  16. Sifat cemburu yang sangat tinggi

This is refer to Incik MA saya. ok ok, sangat tepat di sini. Betul ke setia? kalau betul Alhamdulillah sangat-sangat. Tapi part yang paling tak suka adalah point no 2. Yes, sebab habit tu la yang buatkan kami selalu gaduh. Saya pulak jenis yang sangat-sangat-sangat-sangat sensitif. Dan, the most thing yang paling ketara adalah point last. Ohh, patutlah selalu tegur saya jangan kawan rapat dengan lelaki ye. Kantoi ! ;p Lepas tu point no 4 tu pom tepat sekali sebab selalu je suruh and bagi semangat untuk saya kurus, bergaya, pilih baju yang sesuai lepas tu suruh saya puteh. Nasib baik sekarang dah putih sikit..HAHAHA. 

Tapi saya kontra bila bab no 13. sebab apa taw, saya ni jenis yang suka travel, suka holiday dan suka pemandangan alam. ALAHAIII... T____________T



p/s : Rindu tapi hati masih luka. Jadi luah rindu dalam blog aje la. 


Ok peeps, till then, happy reading ye!. 

Saturday, November 24, 2012

Mujahadah dan Istiqamah

Assalamualaikum wbt.


Lepas I solat subuh, niat di hati nak bangun pagi tolong puan emak, basuh baju. Lepas tu, berhajat nak pergi join kemeriahan sambutan As-syura dekat Teman RTC berdekatan dengan wakaf che yeh. Mana la tahu boleh bawak balik Syura free. Eh? Tapi malangnya angan dan niat tersebut hancur berkecai bila I digoda oleh Syaitan dan nafsu tido. T____T. Sedar tak sedar I tengok jam pukul 10 pagi. T____T. #Hoi, kejadah anak dara bangun pukul 10 pagi!#. Sila jangan tiru macam cikLini ye. sobs sobs.

Ok stop mengada-ngada

Sebenarnya I nak highlight satu perkara disini. Iaitu  adalah sikap mujahadah. Ha, mujahadah ni maksudnya  berperang melawan musuh. Dan musuh yang paling nyata adalah nafsu. Contohnya nafsu dan main facebook 24jam, nak tweets sana sini, nak berkepit dengan kekasih hati, nak shopping dan segala bagai la. 

Dan I sendiri dalam proses untuk ber'mujahadah'. Kadang-kadang rasa macam diri sangat alpha dengan tuntutan duniawi sampaikan saham akhirat diabaikan. Contohnya bila bab solat. Ya Allah, tak boleh ke nak cepat-cepat solat bila dah dengar azan hah. T___T. Move on Lini, move on pleassseeee ! 

Hai nafsu yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Q.S. Al-Fajr : 27-30)


Alhamdulillah, I diberi peluang untuk ke istana Kelantan semasa pameran  Alat kebesaran Islam. ^____^




Mudah-mudahan I dan semua pembaca (ada ke pembaca, hahaha) mendapat manfaat dan sesuatu dari entri ini. Amin amin amin Ya Rabbul Izzati. 


Till then, we meet again! 

Friday, November 23, 2012

New Pet In The House !

Assalamualaikum wbt.


Wahwahwah. Sejak bila I suka bela pet ni? Hee, since menjadi penganggur terhormat maka bermula lah hari-hari memelihara dan menjaga pet sedunia. Ok tipu je. =.= . Sebenarnya pet I ni dihadiahkan oleh seorang kawan Puan emak. Dan disebabkan pet i ni sangat la cute dan jinak-jinak merpati, maka kasih sayang telah dicurahkan dengan sepenuh-penuhnya. Woi, ayat apa ni? (@@)!

Ok, Jum kita terjah gambar pet i yang so lovely dan cute itu! 


Hello, my name is BitBit. I love CikLini so much!

Look ! Pet itu adalah seekor rabbit yang superduper cute and you can see the softness of wool and hair unique.. Lihat lah rambutnya yang ala-ala mohawk gituwwww.


And one thing yang kena penggemar rabbit ni tahu adalah dari segi penjagaan makan nya. Most people obsessed untuk menjamu rabbit dengan daun bayam dan carrot kan. Tapi sebenarnya rabbit tidak digalakkan diberi makan daun bayam (carrot tak pasti la pulak) sebabnya akan menyebabkan rabbit muntah dan cirit birit kerana kehadiran bakteria yang disalurkan dari daun bayam itu.

#ek eleh, aku bagi rabbit aku makan okayyy jek#. Ye, memang la ok lagi buat masa sekarang. Mana tahu masa depan macammana kan. Bagi je makan Pellet tu, alah murah je sekotak dia Ram2.00-2.50 je. ^_____^




Ok, till then meet again. Takecare peeps!

Thursday, November 22, 2012

Testing 1,2,3



Dua dari Kiri. Paling pendek dan paling comel. Ahakss ! 
"Dream what you want to dream , go where you want to go , be what you want to be . Because you only have one life and one chance to do all the things you want to do".


Gud nite world. ^__^

Bertahan sampai bila agaknya.

Assalamualaikum wbt.

See, tittle dah nampak macam gah kan. hiks. Ok, hari ini saya bangun agak lewat. Ye, perkara paling sinonim dengan Cik Lini adalah berkenaan tido. ibarat kata Puan Emak, Lini dan lambat adalah dua perkara yang sama. Eh jap, sekarang cerita tido ke cerita apa? 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum , ade yang belum tidur lagi ke ?? admin ade berite gembira untuk umat islam seluruh dunia ,

Wakil Kementerian Luar Mesir: Kami telah
mencapai persetujuan untuk gencatan
senjata antara Israel dan Semenanjung
Gaza berkuat kuasa hari ini jam 9.00 p.m
(Waktu Kaherah).

Sumber:
GN
TT Aman Palestin Mesir
------------------------------------------------------


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah. syukur rasanya bila terus je online dan baca status tersebut. Sebak sangat dan perasaan tu tak boleh dibayangkan macamna. Alangkah bahagianya bila dapat tahu bahawa penderitaan saudara kita dekat sana bakal berakhir. =) Mudah-mudahan sejarah gencatan senjata di Palestin ni menjadi permulaan sebuah kejayaan negara. Ala, macam kisah Perjanjian Hudaibiyah dulu la. Ingat tak? Sila rujuk buku teks sejarah form5 ye. hihi. Walaupun perjanjian kedamaian lebih berpihak pada golongan Yahudi namun akhirnya kejayaan menjadi milik kita juga. Alhamdulillah.  


Nauzubillahi min zalik
(Ertinya :  “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).” )


Tapi harap-harapnya Israel tak mungkir janji la ye. 

Wednesday, November 21, 2012

Again ! Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah. Here we meet again. Rindu sebenarnya zaman menulis blog. Rindu zaman perah otak, goyang-goyang kepala cari idea, stalk sana, stalk sini. EH? hihi. Oh tidak, kali ini blog saya mungkin lebih bersikap peribadi. Atau berkenaan saling berkongsi rasa dan pendapat? Apapun saya harapkan bog saya ini mampu memberi manfaat kepada pembaca lebih-lebih lagi diri sendiri. Insha Allah. Okay, sebuah permulaan yang baik disini ye. So, selamat berkenalan !